Saturday, May 23, 2009

KEM IBADAH

0 comments
akan di'update' tidak lama lagi..harap maaf diatas segala kesulitan.-admin

FORUM SAHSIAH REMAJA

0 comments



Pada 13 April 2009, telah julung-julung kali diadakan Forum Sahsiah Remaja 2009 khusus buat pelajar-pelajar SMAP Kajang tingkatan 3,4,dan 5. Program ini telah diadakan hasil idea daripada Bonda Pengetua,Puan Aminah binti Idris dan bertujuan membina sahsiah yang mapan dalam diri pelajar SMAPK di samping memberi kesedaran kepada pelajar tentang peri pentingnya pembinaan jati diri ke arah menjadi pemimpin yang berkaliber. Forum Sahsiah Remaja ini telah menampilkan Ustaz Shukri Ismail sebagai moderator forum,manakala ahli panel terdiri daripada Ketua Umum SMAPK, saudara Miftahudin bin Sufyan,Penolong Ketua Umum 1,saudari Nik Izyan binti Nik Azmin dan Exco Biro Dakwah dan Kerohanian, Abdul Muhaimin bin Zainol. Forum kali ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar.

GEMA ISLAM

0 comments

AQIDAH MUSLIM

0 comments
Ingin sy mulakan perihal membicarakan ilmu aqidah ini dgn mengingatkan kita kepada kalimah syahadah.Kalimah tayyibah inilah yg menjadi IBU kepada pegangan aqidah kita. Pentingnya IBU utk melahirkan kita. Lengkapnya jari dgn IBU jari. Anak kunci,pasti ada IBU kuncinya.. Dan pelbagai lagi perkara yg sgt2 perlu kpd IBU. Dan aqidah kita juga ada IBUnya iaitu, kalimah syahadah. Sebab itu IBU kpd rukun Islam yg lima adalah kalimah syahadah.

Kalimah inilah yg akan menentukan kita sama ada kita Islam ataupun tidak. Kalimah inilah yg akan menentukan keIslaman kita ini Islam nama shj kah,Islam pusaka kah,Islam baka kah ataupun Islam puaka!

Sekiranya kalimah ini tidak dilafaz dan difahami secara mendalam akan maksudnya.,kerana itulah akan lahir seorang Islam yg sekadar menerima Islam di dlm ICnya,tetapi aurat terbuka atau perihal lain yg bertentangan dgn ajaran Islam. Utk mengetahui akan pentingnya kalimah syahadah ini,mari kita cuba satu analogi mudah...:Pegang sesuatu benda yg anda rasakan berharga seperti anda rasa berharganya dapat melafazkan kalimah syahadah dan menjadi seorang Islam.









Pegang seperti di dlm gmbr.Setiap jari mewakili setiap rukun Islam.Mulakan angkat jari kelingking membawa maksud anda tidak melakukan rukun Islam ke-5.Bagaimana dgn brg yg anda pegang tersebut?Masih kukuh?Ya,alhamdulillah.masih ok.Tapi tak berapa kukuh seperti yg asal.Letak kembali jari itu.Angkat pula jari manis.Bagaimana?Lakukan perkara yg sama menggunakan jari-jari berikutnya..Apa yg terjadi kpd brg tersebut??Anda masih mampu memegang brg tersebut tetapi dlm situasi yg tidak berapa stabil.Cuba angkat jari penghabisan menandakan anda tidak melaksanakan IBU kpd rukun Islam..Apa yg terjadi??

Anda masih mampu digelar seorang Islam andai anda tidak menyempurnakan rukun-rukun Islam yg lain tetapi tidak akan ada Islam bg anda sekiranya anda tidak mengucap kalimah syahadah.Akan tetapi jgn disalah anggap. Jgn anggap hanya dgn mengucap shj sudah cukup utk anda berjaya menjadi seorang Islam.Inilah yg sering berlaku dewasa kini.Dia mengucap,tetapi solat entah ke mana.Dia mengucap,tp tak puasa.Dia mengucap,tp tak byr zakat.Dia mengucap,tp tak kerjakan haji ..Maka,akan lahirlah Islam pusaka & Islam puaka! Menentang hukum Allah. Tidak percaya dgn hukum Allah dll..


Cukup buat kali ini utk kita kembali memperteguhkan keyakinan kpd kalimah syahadah di dlm diri kerana kalimah ini merupakan kalimah yg sgt-sgt penting kpd kita selaku seorang yg mengaku Islam. Ramai org yg tahu kalimah ini,tetapi tidak tahu meyakini & mengimani kalimah ini..Ilalliqa'

HIGH COMMITTE OF PERSATUAN NUQABA' ASRAMA 2009

0 comments
PRESIDEN
Abdul Hasieb bin Azahari
TIMBALAN PRESIDEN
Mohd Abdul Muhaimin bin Zainol
NAIB PRESIDEN 1
Mahfuzatul Izyan Zainir
NAIB PRESIDEN 2
Nurain Farhanah Kamarul Bahrin
NAIB PRESIDEN 3
Mohd Haris Sharim
SETIAUSAHA
Khairul Anuar Shamsuddin
NAIB SETIAUSAHA
Noor Fadilah Ahmad Lokman
BENDAHARI
Mohd Akmal Qushairy Ariffin
NAIB BENDAHARI
Rabiatul Adawiyah Ahmad
LAJNAH TAMRIN DAN KEPIMPINAN
Exco : Mohd Aiman Hamdan
Timbalan Exco : Nurul Akmal Mat Yusoh
LAJNAH MASJID DAN IBADAH
Exco : Mohd Hanif bin Mohd Zain
Timbalan Exco : Nur Syafida Mohd Sofi
LAJNAH USRAH DAN DAKWAH
Exco : Mohd Syazwan bin Shamsuddin
Timbalan Exco : Raihana binti Dawood
LAJNAH PENERBITAN,PENERANGAN DAN INFORMASI
Exco : Mohd Aidi Safaruddin
Timbalan Exco : Siti Hajar Ibrahim
LAJNAH KESENIAN ISLAM
Exco : Mohd Amirul Haikal Misman
Timbalan Exco : Nurun Najihah Abd Shukor
LAJNAH BAITULMAL
Exco : Mohd Idad bin Zahari
Timbalan Exco : Nur Fathin Nabilah Nazali

Wednesday, May 13, 2009

APA ITU BIRO DAKWAH & KEROHANIAN(BDK) dan PERSATUAN NUQABA' ASRAMA(PERNAS)?

0 comments
logo Biro Dakwah dan Kerohanian(BDK)
logo Persatuan Nuqaba' Asrama(PERNAS)






Biro Dakwah dan Kerohanian (BDK) merupakan salah satu biro yang berada di bawah Badan Kepimpinan Pelajar (BKP) SMAP Kajang. BDK bertindak sebagai satu badan yang mengawal atur aktiviti-aktiviti kerohanian dan pentarbiyahan islamiah di sekolah ini. Bagi memantapkan pengurusan dakwah di SMAP Kajang, satu lagi badan iaitu Persatuan Nuqaba' Asrama(PERNAS) turut bergerak bersama-sama BDK menerusi perletakan PERNAS di dalam BDK. Seterusnya,secara tidak langsung, kedua-dua badan ini merupakan Badan Dakwah SMAP Kajang yang menjadi satu wadah kepada pergerakan dakwah bagi menggapai hasrat tercetusnya biah islamiah di bumi barakah SMAP Kajang. Saf Kepimpinan kedua-dua badan ini yang silih berganti setiap tahun terus berusaha dan membawa legasi perjuangan dakwah di SMAP Kajang. Wallahualam.
 

::Laman Badan Dakwah SMAPK:: Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template