Saturday, May 23, 2009

AQIDAH MUSLIM


Ingin sy mulakan perihal membicarakan ilmu aqidah ini dgn mengingatkan kita kepada kalimah syahadah.Kalimah tayyibah inilah yg menjadi IBU kepada pegangan aqidah kita. Pentingnya IBU utk melahirkan kita. Lengkapnya jari dgn IBU jari. Anak kunci,pasti ada IBU kuncinya.. Dan pelbagai lagi perkara yg sgt2 perlu kpd IBU. Dan aqidah kita juga ada IBUnya iaitu, kalimah syahadah. Sebab itu IBU kpd rukun Islam yg lima adalah kalimah syahadah.

Kalimah inilah yg akan menentukan kita sama ada kita Islam ataupun tidak. Kalimah inilah yg akan menentukan keIslaman kita ini Islam nama shj kah,Islam pusaka kah,Islam baka kah ataupun Islam puaka!

Sekiranya kalimah ini tidak dilafaz dan difahami secara mendalam akan maksudnya.,kerana itulah akan lahir seorang Islam yg sekadar menerima Islam di dlm ICnya,tetapi aurat terbuka atau perihal lain yg bertentangan dgn ajaran Islam. Utk mengetahui akan pentingnya kalimah syahadah ini,mari kita cuba satu analogi mudah...:Pegang sesuatu benda yg anda rasakan berharga seperti anda rasa berharganya dapat melafazkan kalimah syahadah dan menjadi seorang Islam.









Pegang seperti di dlm gmbr.Setiap jari mewakili setiap rukun Islam.Mulakan angkat jari kelingking membawa maksud anda tidak melakukan rukun Islam ke-5.Bagaimana dgn brg yg anda pegang tersebut?Masih kukuh?Ya,alhamdulillah.masih ok.Tapi tak berapa kukuh seperti yg asal.Letak kembali jari itu.Angkat pula jari manis.Bagaimana?Lakukan perkara yg sama menggunakan jari-jari berikutnya..Apa yg terjadi kpd brg tersebut??Anda masih mampu memegang brg tersebut tetapi dlm situasi yg tidak berapa stabil.Cuba angkat jari penghabisan menandakan anda tidak melaksanakan IBU kpd rukun Islam..Apa yg terjadi??

Anda masih mampu digelar seorang Islam andai anda tidak menyempurnakan rukun-rukun Islam yg lain tetapi tidak akan ada Islam bg anda sekiranya anda tidak mengucap kalimah syahadah.Akan tetapi jgn disalah anggap. Jgn anggap hanya dgn mengucap shj sudah cukup utk anda berjaya menjadi seorang Islam.Inilah yg sering berlaku dewasa kini.Dia mengucap,tetapi solat entah ke mana.Dia mengucap,tp tak puasa.Dia mengucap,tp tak byr zakat.Dia mengucap,tp tak kerjakan haji ..Maka,akan lahirlah Islam pusaka & Islam puaka! Menentang hukum Allah. Tidak percaya dgn hukum Allah dll..


Cukup buat kali ini utk kita kembali memperteguhkan keyakinan kpd kalimah syahadah di dlm diri kerana kalimah ini merupakan kalimah yg sgt-sgt penting kpd kita selaku seorang yg mengaku Islam. Ramai org yg tahu kalimah ini,tetapi tidak tahu meyakini & mengimani kalimah ini..Ilalliqa'

0 comments:

Post a Comment

 

::Laman Badan Dakwah SMAPK:: Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template